Skip to main content


BAB 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

 DEFINISI DISIPIN


Ø  Disiplin merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan untuk membentuk tingkah laku yang dikehendaki. 
Ø   Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.
Ø  Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.  Disiplin memainkan peranan yang penting iaitu  ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.

DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah perbuatan,gerak geri seseorang manakala disiplin pula merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.


Jenis tingkah laku dibahagikan kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala tingkah laku negatif merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka menganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.


ULASAN ISU



Berita di atas merupakan isu disiplin yang dilaporkan pada 27 November 2019 dimana kes sekumpulan pelajar yang masih berpakaian seragam sekolah meraikan hari terakhir peperiksaan SPM dengan membuat bising dan mengganggu pengguna jalan raya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar zaman kini sangat tidak matang dan tiada kesedaran dalam diri sehingga mengganggu pengguna jalan raya. Selain itu, pelajar zaman kini “terlalu dimanjakan” sehingga setiap permintaan diikuti oleh ibu bapa.


Oleh itu, disiplin seharusnya dipupuk dari rumah bagi mengajar anak-anak untuk kekal berkelakuan baik dan matang agar tidak menyusahkan semua pihak. Guru perlu bijak untuk mengendalikan setiap perangai pelajar yang berbeza dengan mendekati pelajar dan menyelam segala permasalahan yang dihadapi pelajar bagi mengetahui cara untuk menyelesaikan disiplin setiap pelajar. 

Comments