Skip to main content


BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 

PENDAHULUAN

Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

ISI PENTING

Pengurusan penasihatan murid ini ialah berkaitan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Di dalam topik ini, bimbingan dapat dipecahkan kepada konsep dan ciri-ciri. Konsep bimbingan ialah diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Ciri-ciri bimbingan pula ialah, bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang dan bukanlah kegiatan yang dilakukan secara tidak sengaja malah ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.

Kedua-dua bimbingan dan penasihatan ini mempunyai proses yang sama yang dikenali sabagi proses bimbingan dan nasihat. Terdapat 5 fasa didalam proses tersebut dimana fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Fasa ke 2 pula berkaitan, menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Fasa 3 pula merupakan proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan  penasihatan. Fasa 4, proses membimbing pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir ialah analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Akhir sekali, mentoring mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut Fletcher(2000), Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah, mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak. Terdapat 4 proses iaitu yang pertama menjalin hubungan. Masa diberikan untuk mengenali di antara satu sama lain supaya timbul rasa saling percaya. Kedua proses merundigkan perjanjian, wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Seterusnya, perkembangan profesional mantee yang mana merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali, menamatkan perhubungan. Apabila proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.

RUMUSAN

Bimbingan, penasihhatan, dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik fan matlamat tersediri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang mereka.

Comments