Skip to main content


BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

 DEFINISI BUDAYA


Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

DEFINISI PELBAGAI BUDAYA

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA TERBAHAGI KEPADA 3 :

1. Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity
Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti. Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi.

2. Melting Pot II: Ethnic Synthesis
Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal. Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

3. Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik. Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.



TUJUAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.


DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA 


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH

Ciri-ciri guru berkesan dalam pendidikan pelbagai budaya
Najeemah
a)    Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran terbuka.
b)    Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
c)    Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan pengetahuan yang ada guru dapat memahami pelajar daripada budaya yang berlainan.
Banks (1989)
a)    Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari pelbagai latar belakang.
b)    Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi tentang topik yang diajar.
c)    Menggunakan teknik pembelajaran secara berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi etnik dalam pembelajaran.

PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Persekitaran fizikal


Ø  Pelan kedudukan murid
Ø  Pengisian papan kenyataan
Ø  Hiasan keceriaan



Pembelajaran & Pemudahcaraan


Ø  Pengetahuan sedia ada murid
Ø  Pendekatan & teknik PdPc
Ø  Peka dengan topik2 tertentu



Hubungan guru-murid


Ø  Bilik darjah yang selamat
Ø  Corak komunikasi & interaksi
Ø  Hubungan guru-ibu bapa murid



RUMUSAN


Melalui pengurusan pelbagai budaya ini, perpaduan kaum dapat dicapai dan keharmonian serta kemakmuran negara dapat dibentuk dengan baik. apabila setiap kaum bersatupadu, negara Malaysia akan terus dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.





Comments