Skip to main content


BAB 8: STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

 

PENDAHULUAN

Strategi membawa maksud pelbagai cara untuk mencapai tujuan. Strategi juga dapat disebut sebagai perilaku yang diambil oleh seseorang yang menggambarkan berbagai tindakan terkait dengan keadaan atau permainan (Benoit dan Trigeorgis, 2011)Manakala dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Definisi bilik darjah pula ialah satu tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dimana melibatkan interaksi antara guru dan murid.

KONSEP BILIK DARJAH

·         Dahulu
Dimana satu proses pembelajran berlaku dengan adanya murid sebagai pendengar serta guru sebagai tenaga pengajar dianggap bilik darjah walaupun bukan di dalam bilik kelas.
·         Sekarang
Sebuah bilik darjah perlulah lengkap dengan kemudahan pembelajaran contohnya kerusi, alat bantu mengajar dan sebagainya. Ianya juga merupakan satu tanggungjawab seorang guru untuk memimpin kelas tersebut.

JENIS BILIK DARJAH

 -  Bilik Darjah Tradisi
 -  Bilik Darjah KBSR Dan KBSM
-  Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas
-  Bilik Darjah Terbuka


PENYUSUNAN BILIK DARJAH

Tempat Duduk Pelajar :- Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar.
Meja guru :- Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas. Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.


FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN INTERAKSI DALAM KELAS

  • Susunan bilik darjah
  •  Keadaan emosi bilik darjah
  • Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai
  • Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
  • Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran
  • Guna alat bantu mengajar berteknologi

IKLIM BILIK DARJAH

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses PdPc yang berkesan. 
Terbahagi kepada 3 :
  • Suasana Fizikal
  • Suasana Sosial
  • Suasana Emosi.

GABUNGAN DARIPADA BERBAGAI-BAGAI PERKARA

  • Suara
  •  Kelucuan
  • Penggunaan pujian
  • Sikap & ekspektasi bilik darjah
  •  Kemesraan
  •  Kawalan
  • Kepimpinan dan kaedah mengajar


RUMUSAN

Dalam strategi menguruskan bilik darjah, guru merupakan salah satu penggerak dan rujukan kepada pelajar dalam menentukan suasana dan kelancaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Selain itu, minat murid terhadap sesuatu pembelajaran berasaskan strategi mengurus bilik darjah yang terancang dan menarik. Dari sudut institusi pendidikan bilik darjah merupakan bilik-bilik yang menempatkan para pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dan interaksi antara satu sama lain. Oleh itu susun atur sangat mempengaruhi minat serta kelancaran sesebuah pengajaran yang akan memberi kesan kepada fahaman para pelajar.

Comments