Skip to main content


BAB 7: PENGURUSAN SUMBER

 

PENGENALAN

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN

Pusat Sumber Pertama: Perpustakaan

a)    Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber-sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
b)    Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
c)    Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pusat Sumber Kedua: Makmal Sains

-       Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran pembelajaran amali sains.
-       Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal
-       Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan

Pusat Sumber Ketiga: Makmal Komputer

1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER

o   Menyeronokan murid
o   Menjimatkan masa
o   Sumber rujukan senang diperoleh
o   Kesesuaian tempat
o   Mempelbagaikan kegiatan murid

KOMPONEN PENGURUSAN SUMBER

Ø  Pengurusan infrastuktur
Ø  Pengurusan sumber manusia
Ø  Pengurusan kewangan
Ø  Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran
Ø  Pengurusan pusat sumber

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan bagi bab ini, pengurusan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu penyampaian guru lebih berkesan dengan adanya sumber rujukan yang pelbagai. Pengurusan  sumber merupakan aspek penting dalam pengurusan pembelajaran, pengurusan pusat sumber amat penting kerana ianya salah satu bantuan dalam sistem pembelajaran.

Comments