Skip to main content


BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

 Bilik Darjah 


  • Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986).
  • Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah

  • Pengurusan bilik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
  • Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
  • Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. 
  • Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll).
  • Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan).



Pengurusan Bilik Darjah Berkesan 

  • Membentuk suasana pembelajaran yang positif
  • Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P

  • Mengurangkan masalah disiplin

Pengurusan Bilik Darjah Berkesan 

  • Membentuk suasana pembelajaran yang positif
  • Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid
  • Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P

  • Mengurangkan masalah disiplin



Pengurusan Psikososial dalam Bilik Darjah

  1. Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya
  2. Faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah:
·         Pendekatan pengajaran 
·         Gaya kepimpinan guru
·         Bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah

Pengurusan Persekitaran Psikososial Bilik Darjah

  • Suasana demokratik dalam bilik darjah
  • Menimbulkan persekitaran saling mempercayai & menghormati
  • Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya
  • Mengamalkan komunikasi berkesan

AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan.
  • Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat.

TUJUAN PENGAJARAN BERKUMPULAN

  • Menggalakkan penglibatan aktif individu.
  • Memupuk kerjasama antara murid.
  • Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN

  • Terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai kebolehan dalam satu kumpulan. 
  • Setiap kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
  • Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.
  • Meningkatkan kecerdasan emosi dan sosial pelajar.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INDIVIDU

  • Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
  • Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
  • Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

  • Pentaksiran berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.
  • PBD berlaku secara formatif dan sumatif
  • PBD tidak membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, TETAPI bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

Kepentingan PBD

  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran
  • Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
  • Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta








Comments