Skip to main content


BAB 5: PENGURUSAN MURID

 


PENDAHULUAN   


Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Menurut Suppiah Nachiappan et.all (2009) selain berhadapan dengan remaja yang bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang mempunyai keistimewaan yang luar biasa dalam kategori pintar,cergas atau pelbagai upaya. 

TUJUAN MENGURUS REKOD MURID
²  Memantapkan sistem pengurusan murid di sekolah.
²  Mengemaskini profil murid.
²  Mengetahui perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar.
²  Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan.

PERBEZAAN MURID
1. Perbezaan perkembangan mental
2. Perbezaan sikap dan minat
3. Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
4. Perbezaan status sosioekonomi
5. Perbezaan jantina
6. Perbezaan dalam diri individu

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI DALAM P&P

Ø  Memahami objektif pembelajaran
Ø  Melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
Ø  Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
Ø  Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
Ø  Menerima maklum balas yang tepat dan realistik




KESEDIAAN BELAJAR

Kognitif : - berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
                 - perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.

Afektif   : - sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima
        pelajaran yang akan disampaikan.
                 - pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan
        memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.

Psikomotor : - penguasaan kemahiran fizikal termasuklah perkembangan fizikal
merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan,  penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
 - penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada
   kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar.

RUMUSAN

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid dalam meningkatkan kemajuan dalam pembelajaran.

Comments