Skip to main content


BAB 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN



PENGENALAN

Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki sesebuah jabatan sebagai pemimpin. Organisasi pula adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai yang menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003). Organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi. Kepimpinan dalam sesebuah organisasi pula ialah jabatan atau posisi seseorang dalam sesebuah organisasi. Kejayaan organisasi bergantung kepada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh seorang pengetua yang cemerlang (Abd Karim, 1989). Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Laissez-Faire dan kontigensi.




AUTOKRATIK
🌞Melibatkan interaksi sehala di mana pengetua memberi arahan manakala guru-guru hanya mendengar dan menurut arahan tersebut.
🌞Guru-guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan.
🌞Pengetua yang mengamalkan kepimpinan ini dapat memastikan pelaksanaan tugas dengan sempurna.


🌞Namun, motivasi guru-guru rendah, terlalu bergantung kepada pengetua sahaja dan menyebabkan suasana menjadi tegang.

DEMOKRATIK
🚙Melibatkan interaksi dua hala di mana pengetua berbincang, menerima dan memberi cadangan. Setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti.
🚙  Mewujudkan suasana yang kondusif dan dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan
🚙Dapat membina disiplin guru, menggalakkan semangat kerjasama, saling menghormati dan hubungan yang mesra.


LAISSEZ-FAIRE
§  Bertentangan dengan kepimpinan autokratik.
§  Faire bermaksud tiada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat.
§  Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli.
§  Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru.


KONTIGENSI

      i. Sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung pada gaya kepimpinan dan kesesuaian situasi yang dihadapinya.
    ii. Tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah.
   iii.Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin, iaitu:


  1. Hubungan antara pemimpin dan anggota
  2. Struktur tugas 
  3. Posisi kuasa 
DEFINISI KEPIMPINAN PENGAJARAN

Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran dalam kalangan murid. 

DEFINISI KEPIMPINAN BILIK DARJAH

Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain, mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak, menyampaikan visi kepada murid-murid dana meyakinkan mereka supaya mengikutinya.

RUMUSAN

Kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi. Pengetua berperanan sebagai pemimpin dan setiap guru mempunyai peranan masing-masing. Terdapat beberapa gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, Leissez-Faire dan kontigensi. Di dalam sesebuah organisasi perlu ada carta organisasi. 

Comments