Skip to main content


BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurusan bermaksud kerja mengurus sesuatu perkara secara berterusan. Manakala pembelajaran bermaksud proses belajar sesuatu perkara yang baru. Pengurusan dan pembelajaran melibatkan proses merancang, memimpin dan mengawal daya usaha untuk mewujudkan sesuatu perubahan dalam diri seseorang yang tidak disebabkan oleh pertumbuhan.

Antara kaedah pembelajaran yang sering digunakan adalah kaedah berpusatkan guru, berpusatkan pelajar, berpusatkan bahan dan kaedah mengaitkan dengan pengalaman. Menurut Ewert, Place dan Sibthorp (2005), kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dikaitkan dengan pengalaman mampu mendedahkan para pelajar kepada pengalaman sebenar berbanding dengan pembelajaran secara teori sahaja.

Pengurusan sekolah adalah sebuah sistem pengurusan organisasi bagi menjamin matlamat yang ditetapkan dapat dicapai dengan lancar. Namun, pengurusan sekolah menjadi semakin sukar dengan cabaran-cabaran yang semakin bertambah setanding dengan kemajuan negara. Kesukaran ini juga disebabkan oleh pembaharuan sistem pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua guru-guru.

Antara prinsip yang perlu diamalkan dalam sesi pembelajaran adalah ianya mestilah kondusif, bermatlamat dan mampu mendorong para pelajar. Suasana yang kondusif sedikit sebanyak dapat meningkatkan minat belajar dalam diri para pelajar. Ditambah pula dengan dorongan yang positif daripada para guru, pelajar-pelajar ini akan lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.

            Kesimpulannya, profesion pengajar adalah tugas profesional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar.

Comments