PENGENALAN
Interaksi boleh didefinisikan sebagai satu jalinan hubungan antara guru dengan pelajar. Interaksi terdiri dari kata inter (antar), dan aksi (kegiatan). Jadi interaksi adalah kegiatan timbal balik. Interaksi selalu dikaitkan dengan istilah komunikasi atau hubungan. Sedang “komunikasi” berpangkal pada perkataan “communicare” yang bererti memberitahukan atau menjadi milik bersama. Roestilah (1994 : 35 ) mengemukakan bahawa “interaksi iaitu proses dua arah yang mengandungi tindakan atau perbuatan”. Zahra ( 1996 :91 ) mengemukan bahawa “Interaksi merupakan kegiatan timbal balik. Interaksi belajar dan mengajar adalah suatu kegiatan sosial antara pelajar dan guru”.
Manakala pembelajaran boleh didefinisikan sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.
ISI PENTING
INTERAKSI SEHALA |
· Merupakan kaedah mengajar yang lama atau pasif. · Pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan tanpa ada sebarang bantahan. |
INTERAKSI DUA HALA |
· Guru akan bertanya kepada pelajar dan pelajar menjawab ataupun pelajar bertanya kepada guru dan guru menjawab · Menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan pendapat |
INTERAKSI KUMPULAN |
· Kerja secara berkumpulan ini diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan ahli kumpulan semasa sesi perbincangan dijalankan · Memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati, toleransi dan semangat berpasukan |
INTERAKSI SOSIAL |
· Pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti secara berkumpulan |
Comments