Skip to main content


BAB 1: PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

 PENGENALAN


Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana insititusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Ia menumpukan sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan, dan pendidikan dewasa.

PERKEMBANGAN ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN 
  • Sebuah kajian saintifik mengenai  hubungan kemasyarakatan manusia dan tingkah laku sosial manusia dari pelbagai aspek.
  • Ilmu sosiologi bertujuan untuk menyelidik, memahami dan mengetahui struktur domain dalam masyarakat serta faktor yang dapat menyatukan atau melemahkan sesebuah kumpulan.
  • Bagi mempelajari  kehidupan masyarakat yang berubah akibat daripada pelbagai fenomena sosial.
  • Secara umum, sosiologi  meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia secara berkelompok.
TOKOH-TOKOH SOSIOLOGI PENDIDIKAN




Ibnu Khaldun (1332-1406) 

  • Lahir di Tunisia.
  • Menurutnya, sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban dan manusia.
  •  Mengkaji perkaitan anatara institusi social seperti politik dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi berkenaan.
  •  Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.




 Auguste Comte (1798-1857)

  • Mengasaskan ilmu Sosiologi (Barat).
  • Sosiologi = ilmu sains paling signifikan dan kompleks berbanding dengan sains lain.
  • Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas  (ratu).
  • Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik


PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN 

Pendekatan kajian yang dipraktikkan dalam sosiologi pendidikan dapat dibahagi kepada dua bentuk iaitu :

§       Pendekatan Mikro
  Ø  Pendekatan mikro melibatkan teori interaksionisme simbolik.

§      Pendekatan Makro
  Ø  Pendekatan makro amat berkait rapat dengan teori fungsionalisme dan teori konflik.

3 Teori Utama:



      RUMUSAN

    Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan pula dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh itu, pendidikan & sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkait rapat antara satu sama lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuk sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.

Comments