Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya: “Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat.” (Riwayat Muslim)
Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafie adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas.
Kelebihan Menyimpan Janggut
- Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.
- Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.
- Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.
- Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.
- Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.
- Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma.
- Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.
- Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.
Kekurangan mencukur Janggut
Mencukur janggut
boleh menyebabkan sel-sel semulajadi pada bahagian muka terkakis. Perbuatan ini
boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapatkan kanser pada
bahagian muka.
Sumber: Gen-Q vol 03 isu 17 muka surat 96
Comments