Peraturan Keselamatan Makmal
- Dilarang membawa masuk CD, disket atau sebarang perisian luar ke dalam makmal komputer. Jika perlu bawa, hendaklah diimbas terlebih dahulu oleh PIC (Personal In Charge) sebelum digunakan.
- Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer tanpa kebenaran.
- Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer yang terlalu panas atau sebarang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada PIC. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
- Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
- Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasan kepada PIC.
- Dilarang mengubah sebarang tetapan dalam komputer.
- Jangan buka laman web yang tidak berfaedah bagi P & P dan tidak selamat.
- Pastikan anda keluar dari program atau shutdown komputer mengikut tatacara yang betul.
KONSEP KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL
- Mengutamakan keselamatan di tempat kerja.
- Perbuatan semasa mengendalikan pekerjaan.
- Keadaan persekitaran yang sihat.
Comments