DEFINISI
Satu rangkaian
atau network merupakan sekumpulan system komputer yang bersambung dan
membolehkan pengguna berkongsi maklmat, data, perkakasak dan juga capaian
internet.
JENIS-JENIS RANGKAIAN KOMPUTER
1. Rangkaian kawasan
setempat (Local Area Network-[LAN])
2. Rangkaian kawasan
metropolitan (Metropolitan Area Network-[MAN])
3. Rangkaian kawasan
luas (Wide Area Network-[WAN])
RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
- Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil:
- Fungsi asas Lan sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad.
- LAN menghubungkan satu system komputer dengan system komputer yang lain yang berhampiran juga bersama-sama perkakasan/peranti seperti printer, scanner, storage drive dan lain-lain.
RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)
- Metropolitan Area Network(MAN) merupakan gabungan daripada beberapa Local Area Network (LAN)
- Ianya menghubungkan LAN daripada satu kawasan geografi yang sama; sebagai contoh kawasan Bandar atau desa.
- Contoh yang paling baik adalah sebuah university yang mempunyai bebrapa fakulti yang berbeza kawsan yang menggunakan LAN.
- Setiap LAN fakulti tersebut pula akan digabuungkan dan dihubungkan menggunakan MAN di dalam kawasan university tersebut.
RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)
- Wide Area Network (WAN) pula adalah satu rangkaian system komputer yang lebih besar yang menggabungkan ke semua system rangkaian yang ada, sama ada LAN atau MAN.
- WAN menggunakan pelbagai peralatan untuk menghubungkan system rangkaian tersebut dan juga menggunakan system satelit.
- INTERNET merupakan satu contoh Wide Area Network.
Comments