Kelantan
SejarawanChina , Shen-Yau dari Dinasti
Tang(618-907 Masihi), mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau
Kuo-lo-tan. Gerini, pengarang Researches on Ptolemy's Geography of Eastren
Asia, menyatakan nama Kelantan adalah gabungan antara perkataan 'kolam' yang
bermaksud tanah dengan 'autam' yang bermaksud sempadan. Gabungan ini
kemudiannya menjadi 'Kolantam' yang akhirnya menjadi 'Kelantan'.
Kelantan asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan. Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan telah bersatu. Pada tahun1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
Pada akhir pemerintahannya, Long Yunus telah menghadapi pertikaian dengan Sultan Terengganu. Pada tahun 1794, Terengganucuba
menyerang Kelantan. Selepas Long Yunus mangkat, Kelantan telah diserang oleh
Terengganu pada tahun 1795 dan tahun 1800. Dalam serangan ini, Terengganu
dibantu oleh Patani. Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan tersebut. Pada
tahun 1801, Long Muhammad, putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas
dari Ulu Kelantan berjaya membebaskan semua negeri Kelantan daripada tawanan
Terengganu. Selepas peperangan itu tamat, barulah Long Muhammad mengisytiharkan
dirinya sebagai Sultan Muhammad I.
Bagi mengelakkan serangan luar dan menjaga kemerdekaan Kelantan, baginda telah menjalin hubungan diplomatik denganSiam . Pada tahun 1818, Kelantan menghantar
bunga emas kepada Siam .
Pihak Siam
pula membalas dengan memberi hadiah yang berharga. Penghantaran bunga emas
dibuat setiap tiga tahun sekali. Hasil hubungan diplomatik ini, Terengganu
tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan.
Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Kuala Sungai Kelantan menjadi tempat persinggahan yang terkenal di kalangan peniaga sebelum ke TelukSiam ,
Kemboja, dan China .
Negeri Kelantan juga mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan pitis.
Negeri Kelantan juga dikenali dengan panggilan 'Negeri Cik Siti Wan Kembang'.
Kita sewajarnya mengambil iktibar bahawa perpecahan sesama sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar. Perpaduan merupakan benteng yang paling baik untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing.
Sejarawan
Kelantan asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan. Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan telah bersatu. Pada tahun1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
Pada akhir pemerintahannya, Long Yunus telah menghadapi pertikaian dengan Sultan Terengganu. Pada tahun 1794, Terengganu
Bagi mengelakkan serangan luar dan menjaga kemerdekaan Kelantan, baginda telah menjalin hubungan diplomatik dengan
Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Kuala Sungai Kelantan menjadi tempat persinggahan yang terkenal di kalangan peniaga sebelum ke Teluk
Kita sewajarnya mengambil iktibar bahawa perpecahan sesama sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar. Perpaduan merupakan benteng yang paling baik untuk mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing.
Comments