Skip to main content


IKHTIAR HIDUP DI HUTAN

Panduan Tersesat di Hutan

  1. Cari anak sungai atau sungai dan ikut alirannya untuk keluar dari hutan. Ada juga keadaan anak sungai atau sungai kecil yang diikuti hilang kerana masuk ke dalam gua ataupun meresap ke dalam tanah tetapi kebiasaannya semua sungai menuju ke laut.
  2. Jika telefon bimbit masih boleh digunakan, hubungi pihak berkuasa atau ahli keluarga untuk memaklumkan keadaan anda. Jika tiada isyarat komunikasi, daki puncak bukit atau gunung berhampiran kerana biasanya ada sedikit isyarat di sana.
  3. Berikan isyarat asap dengan membuat unggun api untuk memaklumkan kehadiran anda. Pastikan kawasan sekitar unggun tersebut jauh daripada bahan mudah terbakar seperti daun kering dan ranting kering agar pembakaran yang dibuat mudah dikawal daripada terus merebak.
  4. Jika terpaksa bermalam di dalam hutan, elakkan mendirikan khemah atau tidur:
*      Di laluan binatang (boleh dikesan melalui kesan tapak kaki haiwan tersebut)
*      Di tepi sungai (haiwan pemangsa seperti harimau dan binatang buas minum pada waktu malam, selain untuk mengelakkan daripada terkena kepada air iaitu kejadian ombak dan arus kuat akibat hujan lebat yang berlaku di hulu sungai).
*      Di bawah pokok tunggal. Pokok yang tumbuh di kawasan yang agak lapang boleh menjadi sasaran petir.
*      Di bawah batu atau cerun bagi mengelakkan tanah runtuh.

SOLUSI: Dicadangkan untuk bermalam di banir atau di atas pokok.

  1. Sediakan bekalan air minum secukupnya. Jika terjumpa anak sungai atau takungan air yang bersih, penuhkan botol air anda kerana anda tidak tahu bila lagi boleh mendapatkan sumber air bersih untuk dimunum.
  2. Jangan makan buah-buahan hutan jika anda tidak tahu jenisnya. Ada buah-buahan yang beracun dan memabukkan. Jika terpaksa makan, lakukan ujian ini terlebih dahulu:
*      Ujian bau: Kupas dan cium bauh buah tersebut. Jika berbau busuk atau pelik lebih baik       elakkan.
*      Ujian kulit: Kupas buah tersebut dan gosokkan pada bahagian kulit yang sensitive seperti     belakang tapak tangan. Jika tangan anda gatal, merah atau kebas elakkan memakannya.
*      Ujian rasa: Rasa sedikit di hujung bibir atau di hujung lidah. Jika rasa kurang enak, kebas     atau pelik elakkan memakan.


  1. Yang paling penting dan utama, jangan putus harap daripada bantuan Allah s.w.t. lakukan amalan fardu seperti solat, banyak berdoa dan berzikir. Insya Allah diberikan jalan keluar bagi sebarang masalah.

Comments