Skip to main content


Biodata Pengarang Novel Renyah Tingkatan 4


GUNAWAN BIN MAHMOOD dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, pada 19 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah LKTP Ulu Tebrau dan Sekolah Aminudin Baki, Johor Bahru. Mendalami pengetahuan sastera melalui Kuliah Tertulis Falkutas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional Jakarta (UNAS), di bawah bimbingan Profesor Ghazali Dunia mulai tahun 1988 hingga 1994. Kini melanjutkan pelajaran melalui pengajian jarak jauh pada peringkat doctor falsafah di University Berkeley, Southern California.

            Telah berkhidmat di Jabatan Penerangan mulai tahun 1982. Antara jawatan yang disandang ialah Pegawai Penerangan Kawasan Sungai Besi, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru, Penolong Pengarah Melaka, Penolong Pengarah Johor, Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan, dan kini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Johor.

            Gunawan turut menyandang  jawatan dalam organisasi penulisan. Kini menjawat jawatan Ketua Dua Persatuan Penulis Johor. Pernah menerima lebih 20 hadiah sastera, antaranya Hadiah Anugerah Cipta Keryawan Muda (Sasterawan Muda) Johor Pertama 1996, Hadiah Sastera Perdana 1996/97 (kategori Novel Remaja), dan Hadiah Sastera Malaysia 1998/89 (Kategori Cerpen). Turut memenangi Hadiah Utama Novel Utusan Melayu Public-Bank 1993 dan 2994, juga hadiah-hadiah [uisi Hari Kebangsaan.

            Kini telah menghasilkan 13 buah buku secara persendirian. Antaranya ialah Novel Tanah Ini, Cinta Daerah Perjuangan, Renyah, Namaku Ayoko, dan lain-lain lagi. Antara antologi cerpen ialah Harga Sebuah Kematian, Pengantin Tua, dan Mencari Imam.

#Disalin daripada Novel Renyah Hasil Karya Gunawan Mahmood..

Comments