Skip to main content


Kenali RAM

- RAM selalunya digunakan pada komputer, tetapi ia juga boleh didapati pada pencetak (printer), telefon bimbit dll.

-RAM digolong dalam kategori volatile memory iaitu memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan memori. Terdapat pelbagai jenis RAM yang telah dikeluarkan sekarang iaitu SDRAM, DDR SDRAM, DDR2 SDRAM, dan DDR3 SDRAM.

- Kesemua jenis RAM ini berbeza merujuk pada kekerapan data boleh ditulis atau diakses.

- Makin banyak data boleh ditulis dan diakses, ia akan meningkatkan keupayaan atau prestasi RAM tersebut.

- Ketika komputer pertama sekali dihidupkan, komponen pertama yang berkerja adalah processor, kemudian processor meminta data-data atau arahan dari hardisk.

- Disinilah fungsi RAM berkerja. Pada dasarnya hard disk tidak mampu memenuhi kepantasan permintaan data dan arahan untuk membekalkan data yang diminta oleh processor.

- Maka diperlukan peranan RAM sebagai menampung data hard disk buat sementara waktu dan membekalkan data yang diperlukan ke processor.

- Semakin besar kapasiti memory RAM semakin cepat proces suatu komputer

- Processor tidak perlu menunggu terlalu lama data-data yang diminta dari hard disk kerana RAM dapat membekalkan data dengan lebih cepat.

Comments