Skip to main content


Pengenalan Protokol


PENGENALAN PROTOKOL
  • Protokol dalam istilah pengertian perkataan ialah satu tatacara.
  • Dalam istilah pengkomputeran dan rangkaian, protokol ialah tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu-satu rangkaian itu berkomunikasi.
  • Peraturan ini meliputi: Kaedah mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis kabel dan kelajuan pemindahan data.
Protokol

Sebagai contoh adalah pengguna ingin mencapai maklumat atau data dari Network A ke Network B di sini ia menggunakan protokol bagi membolehkan komunikasi antara network-network tersebut.

Konsep Asas Seni Bina Rangkaian

- Seni bina rangkaian biasanya dianalisakan berdasarkan model berlapis (Model  OSI)

- Tugas yang diperlukan untuk menghantar sesuatu mesej daripada penghantar kepada penerima dibelah bahagikan menjadi beberapa tugas yang lebih mudah dilaksanakan.

- Dengan Model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain.

- Di setiap lapisan pada OSI mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan itu dipanggil lapisan  protokol.

- Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satunperisian atau perkakasan.

- Ia digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya  produk mereka bolah disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah.



Comments